Sistem E-Saliran

Sistem E-Saliran adalah singkatan dari maksud Sistem Permohonan Pembangunan Tanah Saliran Mesra Alam. Ianya akan memudahkan Bahagian Saliran Mesra Alam (BSMA) diperingkat Jbtn dan JPS Daerah dalam membuat pemantauan secara elektronik status proses permohonan pembangunan tanah yang dihantar oleh pemaju untuk ulasan teknikal.


Sistem ini digunakan untuk menjejak (track) perjalanan setiap permohonan dari tarikh diterima sehinggalah tarikh permohonan di jawab.


Sistem ini juga digunakan bagi menjana laporan dan ringkasan permohonan yang diterima daripada ibu pejabat dan dan daerah dalam menepati polisi dua minggu yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Layari JPS Selangor »

Bahagian Saliran Mesra Alam

  1. Ditubuhkan sebagai unit sokongan bagi memberi ulasan teknikal kepada pejabat JPS Daerah, agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan, juruperunding, pemaju hartanah dan orang persendirian mengenai isu-isu berkaitan dengan bidang saliran bandar.
  2. Selepas Manual Saliran Mesra Alam dilancarkan pada tahun 2001, unit ini ditugaskan bagi memastikan pelaksanaan Pengurusan Air Ribut (Stormwater management) dalam semua projek pembangunan perumahan / perindustrian. Pada tahun 2012, Manual Saliran Mesra Alam (MSMA) telah dikemaskini dan dikenali sebagai MSMA Edisi kedua.
  3. Pada tahun 2009, unit ini telah mendapatkan jawatan J44, dan unit ini telah di tingkatkan kepada Bahagian.
  4. Mengurus air ribut (Stormwater) secara bersepadu berkonsepkan mesra alam demi kelestarian alam sekitar dan peningkatan kualiti hidup.
  5. Memastikan pembangunan sistem saliran bandar yang berkesan disemua bandar menjelang tahun 2020.
  6. Menyumbang ke arah pembangunan sosial dan ekonomi masyarakat bandar serta meningkatkan kualiti persekitaran mereka melalui perlaksanaan dan pengurusan kerja-kerja saliran bandar yang teratur.

Layari JPS Selangor »